Tuesday, April 27, 2010

cinta sms

1

Aku termenung ke arah tingkap. Aku lihat banyak burung bebas berterbangan di angkasa. Alangkah indahnya hidupku jika dapat hidup bebas tanpa kongkongan sesiapa sahaja. Tiba-tiba telefonku memberikan isyarat sms. Aku yang sedia mahir dalam bidang sms pantas membaca mesej yang kuterima.

Hai sayang, buat apa tu..abg rndu kt ayang..

Hatiku berbunga. Siapa yang tak berbunga hatinya apabila orang yang paling kita kasihi mengatakan bahawa dia merindui kita.tiba-tiba aku dapat merasakan bahawa ada satu
aura kemarahan ke arahku. Tidak berapa lama kemudian, mak berdiri di hadapanku bersama hanger di tangannya.



“oh, kau nak duduk senang lenang je dalam rumah ni eh? Kau rasa ni.’’, ujar ibuku.
Mak memukulku di kaki dan tangan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedih dan sakitnya. Tiba-tiba aku teringat kepada abang ery yang sedang menunggu untuk membalas mesejnya, sayang, jika kau dapat mengetaui bahawa aku sedang sakit dan memerlurlukanmu di sisiku. Tiba-tiba air mataku mengalir. Rasa sakit di kakiku tidak dapat aku tahan lagi.



“Nangis! Nangis! Kau tahu nak bersenang-lenang je dalam rumah ni kan? Jangan kau nak menangis depan aku,” kata ibuku lagi sambil keluar dari bilikku. “Aduh, sakitnya,” gerang diriku keseorangan. Tiba-tiba bunyi nada dering telefon bimbitku yang berjenama Nokia biasa memecah kesunyian kamarku. Nama ‘sayang’ yang aku gunakan sebagai gelaran untuk Abang Ery. Aku menutup pintu bilik dan terus mencapai telefon bimbitku yang tidak berhenti berdering.

“ Hello, abang.” kataku sambil menahan rasa pedih kakiku.

“Sayang, kenapa sayang tak balas mesej abang? Abang risau kalau ape-ape jadi kat sayang,” ujar Abang Ery dengan penuh lembut bercampur risau.

“Ayang okey, sayang, abang janganlah risau.” Aku yang sedang menahan kakiku yang pedih dan mendengar suara lelaki yang aku sayangi bercakap dengan lembut denganku, perasaan tersentuhku tidak bileh ditahan lagi. Air mataku mula mengalir dan aku mula teresak-esak.

“Sayang, kenapa ni? Sayang abang nangis eh? Bagitahu abang, sayang… Jangan pendam sorang-sorang, abang nak tahu jugak”.

Aku tidak mahu memberitahu kepada abang ery. Aku tidak mahu dia risaukan aku.



“Erm… tak ada ape la, yang.. ayang okey, ayang selsema sikit je. Abang janganlah risau”. Aku terpaksa membohongi Abang Ery. Maafkan ayang, sayang. Ayang terpaksa menipu sayang. Ayang tak nak abang risaukan ayang.


“Betul ni ayang tak ada apa-apa?, tanya abang ery yang amat risau akan diriku.
“Iya, abang, ayang tak ada apa-apa..”, ujar ku dengan penuh rasa bersalah. “Lisa!!! Kau buat apa dalam bilik tu, ha?? Menangis je la kerja kau. Sini, tolong aku lipat baju ni”, jerit ibuku.



“Ayang, suara sape yang marah ayang tu? Suara mama ke, yang? Kenapa mama marah ayang?” Aku tersentak. Aku terlupa bahawa abang ery masih di panggilan.



“Errr..errr, tak ada apa lah, yang. Suara tu datang kat rumah sebelah kot, yang”, bohongi aku.



“Tapi, orang tu panggil nama … “ bukanlah, abang salah dengar ni”, pantas aku mencelah. ‘ okey lah, yang. Ayang ada kerja ni. Malam ni ayang mesej abang. Assalammualaikum.” Tit!! Pantas aku mematikan panggilan. Aku tidak mahu abang ery mengetahui bahawa aku dimarahi oleh ibuku. Aku terus ke arah ibuku untuk menolong beliau melipat kain. Sementara aku melipat kain, aku berasa amat bersalah kerana membohongi abang ery. Maafkan ayang, sayang.

****************************



Aku mencapai buku nota sains. Banyak kerja rumah yang diberi oleh guru matapelajaran sains aku yang tegas, iaitu Puan Eani.


“ Kalau kamu tak siapkan kerja rumah yang saya bagi dekat kamu, baru kamu tahu langit ni tinggi ke rendah. Faham?!!!!”


Itulah antara amaran beliau yang famous dalam kelas kami kalau kami tidak menyiapkan kerja rumah yang beliau berikan. Tersenyum aku dibuatkan apabila teringat akan telatah murid-murid 2 Rossel ketika mereka didenda kerana tidak menyiapkan kerja rumah beliau. Tut! Tut! Bunyi isyarat mesej telefonku menghilangkan lamunanku sebentar tadi.



Ayg abang duk buat apa tu?

No comments: